Yang hidup di-atas keping keping nanah Penipuan, yang bila ditelan nafasnya dalam dalam, terasa hangit Neraka menyeliputi seluruh tubuhmu; hanya kerana kau kira kira, tanpanya, kau tidak boleh hidup bahagia.
Atau Lurus.
Ya sesungguhnya nyayian Kesenangan kamu itu adalah kegembiraan bagiku; aku amat suka mendengar Kalian menyanyikannya, namun jangan kau hanyut di dalamnya, kerana Kesenangan buatan itu bukanlah segala - galanya!
Sesungguhnya, kata Cinta - mu O Perempuan, harus terus membunuh setiap sendi sendi kami, dan benteng Cinta kami bisa terbongkah hanya kerana bisikan beracun mu di sebalik jubah jubah nipis di badan, yang pabila disentuh, terasa getarannya di jari.
Yang tinggal di dada dada kosong kami ini, hanyalah harapan agar kau Perempuan, tidak ada yang pura pura tentang Cerita dan Cinta.
Kerana yang membuatkan kami kekal bebas dari menjadi Hamba Hamba - mu adalah; Keputusan Hidup yang masih lagi menjadi hak Jiwa Jiwa kami, yang hanya boleh disentuh dengan Kindness, dan hanya dapat difahami dengan Cinta yang Suci.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment