Kerugian dari Hidup bukanlah sesuatu yang patut kau tangisi semahu-mahunya.
Kesusahan seperti ini tidak akan datang mengalir seperti Ilmu Ketenangan, ia akan datang bersebab, ia akan datang bila kau berhenti melihat, yang dirimu dan jiwamu itu; dimiliki-Nya.
Dan tanpa Kerugian dari Hidup semacam ini; kau hanyalah sekeping Jiwa yang terdongak dongak; termangu mangu, tercari cari maksud, tanpa mengetahui nilai Tertinggi kehidupan sendiri; dan apa apa yang telah diberi.
Sesungguhnya Kerugian itu hanya akan muncul selepas kau miliki sesuatu.
(Ya, kau pernah miliki sesuatu.)
Jadi; ketahui-lah O Jiwa, yang Kerugian dari Hidup itu adalah pintu keluar kepada anggur-anggur Kesenangan, Kesetiaan dan Kefahaman yang paling besar (jika kau mahu sedar), dan dengannya, kau akan mampu untuk kembali ke kehidupan Kegemaran-mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment